Perhatian.. Semua jadual Illustrasi yang terdapat dalam Blog ini adalah dengan mengandaikan anda tidak mengambil wang tunai tahunan anda.. Jumlah tersebut akan terkumpul sebagai wang pelaburan anda dan jumlah ini adalah anggaran sahaja. Bergantung kepada prestasi syarikat. Dan sedihnya, boleh dikatakan kebanyakan Agen Insuran tidak memberitahu anda realiti ini sekiranya anda tidak bertanya.
" Sekecil-kecil dosa riba tu, sama dosanya seperti berzina dengan ibu sendiri"

Monday, 18 April 2011

KAD PERUBATAN AXA AFFIN

KAD PERUBATAN AXA AFFIN

Kad Perubatan yang bijak

1. Tanpa Had Sepanjang Hayat
Di AXA AFFIN,kami tidak menetapkan Had Sepanjang Hayat bagi perlindungan kami, tidak seperti Syarikat lain. Contohnya, Sekiranya Had Tahunan anda adalah RM100,000, bermakna setiap tahun anda boleh menuntut sehingga RM100,000 sehingga umur anda mencapai 81 tahun.

2. Jaminan Pembaharuan sehingga berumur 81
Kad Perubatan anda dijamin untuk diperbaharui sehingga umur 81 tahun walaupun anda telah menuntut dengan banyak pada tahun polisi sebelumnya.

3. Bayaran Premium yang Berpatutan
Kami percaya Kad Perubatan kami adalah paling murah dan berpatutan berbanding dengan Syarikat-syarikat lain yang memberi perlindungan dan manfaat serupa sebagaimana kami tawarkan kepada pelanggan-pelanggan kami.

4. Lebih daripada 88 Hospital Panel
Kad Perubatan kami diterima dari lebih 88 Hospital Panel seluruh Negara dan kami sentiasa menambah lebih Hospital Panel dalam Senarai kami setiap tahun untuk kemudahan anda.

5. Tiada Co-Insurance/Takaful.
Tidak perlu membayar 10% Co-Insurance/Takaful seperti yang lain. Co-Insurance/Takaful bermakna pelanggan perlu berkongsi Bil Perubatan dengan syarikat Insuran. Selalunya sehingga 10% daripada jumlah bil perubatan asal.

6. Pengecualian Cukai sehingga RM 3,000
Ya. Anda dibenarkan mendapat pengecualian cukai sehingga jumlah maksimum RM3,000 apabila melanggan Insuran Perubatan.

Produk ini tidak berlandaskan syariah, dan AXA AFFIN merupakan syarikat Insuran Konvensional dan tiada produk Takaful.

No comments:

Post a Comment